Sunday 10 July 2011

AKU JUA MANUSIA,

aku jua manusia,
yang hidup di alam yang fana ini,
aku jua punyai perasaan dan naluri,
seperti yang lain....

aku jua manusia yang tidak sempurna zahir dan batinnya,
hanya yang ada adalah anugerah ilahi,
akal yang memberikan aku pemukiran,
hati yang menjadi kerajaan diriku,
nafsu dan jua minda yang selalu berhubung dan berhubung,

salahkah aku ingin kehidupanku menjadi lebih baik??
kenapa setiap gerakku di soal dan ditanya??
adakah aku tidak layak menlontar pandanganku??
adakah di dunia ini hanya wujud yang berkuasa,
sedangkan yang lemah dibiarkan bisu
dan bicara mereka hanya angin yang menhembus samudera...

aku jua manusia,
sepanjang hidupku tidak lekang melakukan dosa,
sepanjang hidupku tidak pernah lari dari melakukan kesilapan,
sepanjang hidupku jua mahu dicinta dan menyinta,
mampu mempunyai perasaan benci dan sayang..

aku jua punyai pegangan,
punyai impian dan harapan,
punyai keinginan dan cita-cita...
aku jua mahu menggapai apa yang aku impikan
kerana aku jua manusia...


sajak ini mungkin ayatnya tidak dramatis dan susunan katanya memualkan, namun ketahuilah..manusia walaupun di beri akal oleh pencipta, namun manusia tidak pernah sempurna...semoga yang baik dijadikan ingatan dan yang buruk dijadikan panduan hidup untuk hidup  yang lebih berjaya. sebenarnay sajak ini tercipta setelah aku melihat orang disekeliling hanya mahu menghormati dan menyayangi orang yang dilihat sempurna sedangkan makhluk yang bernama insan itu semuanya tidak sempurna...semoga menjadi renungan dan jom fikirkan bersama 

No comments:

Post a Comment