Sunday 17 March 2013

meniti hari hadapan

hari ini,
suatu saat yang aku lalui tanpamu,
bagai igauan sepi yang tiada penghujungnya,
dan dalam kesamaran hidupku kini,
aku merindui kisah silamku yang aku tinggalkan,
disaat aku meniti hari di hadapanku,


ku lontarkan segalan pemandanganku kesana,
melihat jendela masa silamku,
membuatkan kau merasa kehilangan,
mengenang kembali kenangan silam,
membuatkan jiwaku terasa kosong,
meratap memori silam itu,
membuatkan aku merindu...

aku sedar,
walaupun kini sudah tinggal kenangan,
namun mimpi silam itu masih menghantui,
dan kadangkala termimpi disiang hari, 
kadangkala terasa ia masih wujud disini,
di alam rialiti dan bukan fantasiku,



mungkin bagiku ia hanyalah khayalan silam,
yang tak dapat dihapuskan dalam memori kenangan,
mungkin jua kerana terlalu cinta membuatkan aku kecewa,
tak mampu untuk kehilangan segalanya,



hanya dengan potret itu,
aku mula mengikis rasa rinduku,
agar tiada lagi rasa sensara dihati..
dan potret itu jua mencungkil kembali,
rindu yang lama terpendam dihati,
sejak hilangnya dikau disisi,



mugkin suatu hari nanti,
ku ketemu masa hadapanku,
dan mungkin jua saat itu,
kan ku lupai masa silamku ,
atau mungkin jua
dikaulah jelmaan masa silam
menjadi masa hadapanku....




manusia, mungkin kadangkala tidak terlintas utuk melakukan kesilapan dan kehilangan, namun itulah yang menjadi tabiat kita sebagai manusia...kita selalu melakukan kesilapan tanpa kita duga..dan kadangkala kita tersedar dan cuba untuk pelbetulkannya...dan kadangkala kita berjaya dan kadangkala kita gagal dam usaha kita itu...tapi yang penting adalah, kita berusaha untuk itu, kerana fitrah kelahiran manusia, selalu melakukan kesilapan dan bagi yang tersedar..akan cuba untuk pelbetulkannya selagi terdaya... semoga memahami...


Thursday 7 March 2013

biar hanya tersenyum

aku bagai tidak mampu berkata apa
hanya senyuman terukir di pipi,
sedangkan jiwa dan ragaku menangis hiba,
dek kerna sikap mereka,

terasa diri ini bagai patung,
diperlakukan tanpa belas kasihan,
dan tiada pula difikirkan tentang perasaan,
namun aku tak bisa untuk melawan,
dan hanya dengan senyuman aku balas,
kerna itu sahaja kudrat yang ku ada..

biar didalam terpendam seribu benci duka,
namun  tak bisa aku lemparkannya,
kerana bagiku itu perbuatan sia-sia,
aku pasrah dan berserah,
walaupun kadangkala ianya melebihi batas kesabaraan,

aku pun manusia biasa,
kerana itulah aku hanya mampu bersabar,
dan disi aku hanya mahu,
sembunyikan amarahku,
disebalik senyuman itu

biarlah hanya senyuman berbicara,
tentang hidupku kepada dunia,
agar suatu masa ada yang memahami,
dan biarlah dengan senyuman itu
menceritakan segalanya,
dan mungkinkah pada saat itu,
ianya adalah senyuman terakhirku....




mungkin kadangkala kita hanya melihat seseorang itu tersenyum, dan kadangkala terdetik dihati kita, "eah dia ni gila ker apa , senyum jer memanjang"."ko boleh tak serius sikit, jangan hanya senyum",namun adakah kita pasti yang senyuman itu adalah senyuman yang menggambarkan dia adalah seorang yang ceria??senyum itu adalah dinding yang melindungi setiap apa yang ada disebaliknya...semoga memahami... :)