Sunday 17 March 2013

meniti hari hadapan

hari ini,
suatu saat yang aku lalui tanpamu,
bagai igauan sepi yang tiada penghujungnya,
dan dalam kesamaran hidupku kini,
aku merindui kisah silamku yang aku tinggalkan,
disaat aku meniti hari di hadapanku,


ku lontarkan segalan pemandanganku kesana,
melihat jendela masa silamku,
membuatkan kau merasa kehilangan,
mengenang kembali kenangan silam,
membuatkan jiwaku terasa kosong,
meratap memori silam itu,
membuatkan aku merindu...

aku sedar,
walaupun kini sudah tinggal kenangan,
namun mimpi silam itu masih menghantui,
dan kadangkala termimpi disiang hari, 
kadangkala terasa ia masih wujud disini,
di alam rialiti dan bukan fantasiku,



mungkin bagiku ia hanyalah khayalan silam,
yang tak dapat dihapuskan dalam memori kenangan,
mungkin jua kerana terlalu cinta membuatkan aku kecewa,
tak mampu untuk kehilangan segalanya,



hanya dengan potret itu,
aku mula mengikis rasa rinduku,
agar tiada lagi rasa sensara dihati..
dan potret itu jua mencungkil kembali,
rindu yang lama terpendam dihati,
sejak hilangnya dikau disisi,



mugkin suatu hari nanti,
ku ketemu masa hadapanku,
dan mungkin jua saat itu,
kan ku lupai masa silamku ,
atau mungkin jua
dikaulah jelmaan masa silam
menjadi masa hadapanku....




manusia, mungkin kadangkala tidak terlintas utuk melakukan kesilapan dan kehilangan, namun itulah yang menjadi tabiat kita sebagai manusia...kita selalu melakukan kesilapan tanpa kita duga..dan kadangkala kita tersedar dan cuba untuk pelbetulkannya...dan kadangkala kita berjaya dan kadangkala kita gagal dam usaha kita itu...tapi yang penting adalah, kita berusaha untuk itu, kerana fitrah kelahiran manusia, selalu melakukan kesilapan dan bagi yang tersedar..akan cuba untuk pelbetulkannya selagi terdaya... semoga memahami...


No comments:

Post a Comment