Sunday, 15 September 2013

kata hati

cinta,
seandainya sukar untuk di mengerti,
katakan saja andainya ia masih dihati,
agar dapat ku diberi ruang untuk bernafas,
seandainya engkau berlalu pergi...

sayang,
seandainya senang untuk diungkap,
mahu saja dijaga disiul sepanjang masa,
agar tidak hilang manisnya,
dan bukan sekadar ungkapan kosong sahaja

rindu,
hadirnya engkau kekadang mengamit kenangan,
mengejutkan hati yang lama kesunyian,
kadangkala engkau jua menjadi racun dan penawar,
seandai sepi datang menyapa.

kasih,
jika dapat dirungkai dan disimpul,
benci akan menjadi sayang,
rindu menjadi riang...
hati akan lebih tenang...

benci,
andainya engkau hadir,
pasti semua akan retak,
walau beribu tahun dibina,
jika engkau berleluasa,
pasti hubungan itu akan terlerai jua....

namun,
akan pasti aku lalui semuanya,
dan disitu lah...
jatuhnya air mata membasahi pipi...



 mungkin, dalam hidup ini akan ada segalanya, bahagia, derita,ceria dan jua air mata,jadi, hargailah setiap detik yang kita lalui.peace yo....




Thursday, 23 May 2013

persinggahan ini

detik itu berdetik pantas,
dan masa itu terus berjalan,
tanpa segan silu ia meninggalkan insan...


setiap detiknya,
pasti akan ada suatu persinggahan ,
dan setiap persinggahan itu,
pasti meninggalkan kesan dan memori
yang berbeda..


terkedu seketika di persinggahan itu,
kerna ku temui bahagia ,
yang mana setelah sampainya waktu berpisah,
hati hiba dan tak rela melepaskan,
sedangkan waktu itu ,
adanya perlajanan yang harus diteruskan,


di persinggahan itu aku belajar,
belajar memahami dan menghayati,
belajar menghormati dan menyanyangi,
belajar melukai dan dilukai,
dan tanpa aku sedar,
kakunya diri tanpa ilmu itu,


di persinggahan ini jua,
aku mula belajar menjadi dewasa,
belajar berjalan dan berfikir,
dengan segala racun penawar dunia,
setiap detik aku harus akui,
aku membesar dan dewasa bersama naluri,
pengalaman dan kehidupan...


mungkin ada harinya,
kadangkala melangkau batasan insani,
melakukan kesilapan tanpa sedar,
melukai tanpa aku perasan,
kata yang ditutur tidaklah sesedap didengar,
hingga timbulnya benci dan amarah,
yang mewujudkan jurang dan pemisah..


mungkin dipersinggahan ini harus aku pelajari,
bersama pengalaman dan angin disisi,
mungkin disini harus aku rasai,
ditinggalkan sendiri sepi,
bersama menjadi memori,
dan mungkin disini jua harus aku mengerti,
melepaskan memori indah,
menelan pahit manisnya rencah dunia...


persinggahan ini,
seakan menguji diri yang lesu,
membangkitkan diri yang terlena,
mencabar,
sejauh manakah teguhnya hati....


di persinggahan ini,
aku mula memahami 
dan belajar..





mungkin kita sedar atau tidak, kehidupan yang kita lalui ini sebenarnya hanyalah persinggahan, atau gelanggang ilmu untuk kita belajar, dan setiap apa yang terjadi itu adalah guru yang dijadikan diberikan oleh kita, itulah pengalaman hidup, dan di persinggahan ini jualah tempat unutk kita bercucuk tanam...renung-renungkan dan jom fikirkan bersama.....

Sunday, 17 March 2013

meniti hari hadapan

hari ini,
suatu saat yang aku lalui tanpamu,
bagai igauan sepi yang tiada penghujungnya,
dan dalam kesamaran hidupku kini,
aku merindui kisah silamku yang aku tinggalkan,
disaat aku meniti hari di hadapanku,


ku lontarkan segalan pemandanganku kesana,
melihat jendela masa silamku,
membuatkan kau merasa kehilangan,
mengenang kembali kenangan silam,
membuatkan jiwaku terasa kosong,
meratap memori silam itu,
membuatkan aku merindu...

aku sedar,
walaupun kini sudah tinggal kenangan,
namun mimpi silam itu masih menghantui,
dan kadangkala termimpi disiang hari, 
kadangkala terasa ia masih wujud disini,
di alam rialiti dan bukan fantasiku,



mungkin bagiku ia hanyalah khayalan silam,
yang tak dapat dihapuskan dalam memori kenangan,
mungkin jua kerana terlalu cinta membuatkan aku kecewa,
tak mampu untuk kehilangan segalanya,



hanya dengan potret itu,
aku mula mengikis rasa rinduku,
agar tiada lagi rasa sensara dihati..
dan potret itu jua mencungkil kembali,
rindu yang lama terpendam dihati,
sejak hilangnya dikau disisi,



mugkin suatu hari nanti,
ku ketemu masa hadapanku,
dan mungkin jua saat itu,
kan ku lupai masa silamku ,
atau mungkin jua
dikaulah jelmaan masa silam
menjadi masa hadapanku....




manusia, mungkin kadangkala tidak terlintas utuk melakukan kesilapan dan kehilangan, namun itulah yang menjadi tabiat kita sebagai manusia...kita selalu melakukan kesilapan tanpa kita duga..dan kadangkala kita tersedar dan cuba untuk pelbetulkannya...dan kadangkala kita berjaya dan kadangkala kita gagal dam usaha kita itu...tapi yang penting adalah, kita berusaha untuk itu, kerana fitrah kelahiran manusia, selalu melakukan kesilapan dan bagi yang tersedar..akan cuba untuk pelbetulkannya selagi terdaya... semoga memahami...


Thursday, 7 March 2013

biar hanya tersenyum

aku bagai tidak mampu berkata apa
hanya senyuman terukir di pipi,
sedangkan jiwa dan ragaku menangis hiba,
dek kerna sikap mereka,

terasa diri ini bagai patung,
diperlakukan tanpa belas kasihan,
dan tiada pula difikirkan tentang perasaan,
namun aku tak bisa untuk melawan,
dan hanya dengan senyuman aku balas,
kerna itu sahaja kudrat yang ku ada..

biar didalam terpendam seribu benci duka,
namun  tak bisa aku lemparkannya,
kerana bagiku itu perbuatan sia-sia,
aku pasrah dan berserah,
walaupun kadangkala ianya melebihi batas kesabaraan,

aku pun manusia biasa,
kerana itulah aku hanya mampu bersabar,
dan disi aku hanya mahu,
sembunyikan amarahku,
disebalik senyuman itu

biarlah hanya senyuman berbicara,
tentang hidupku kepada dunia,
agar suatu masa ada yang memahami,
dan biarlah dengan senyuman itu
menceritakan segalanya,
dan mungkinkah pada saat itu,
ianya adalah senyuman terakhirku....




mungkin kadangkala kita hanya melihat seseorang itu tersenyum, dan kadangkala terdetik dihati kita, "eah dia ni gila ker apa , senyum jer memanjang"."ko boleh tak serius sikit, jangan hanya senyum",namun adakah kita pasti yang senyuman itu adalah senyuman yang menggambarkan dia adalah seorang yang ceria??senyum itu adalah dinding yang melindungi setiap apa yang ada disebaliknya...semoga memahami... :)

Wednesday, 13 February 2013

inilah kehidupan

bersembunyi disebalik senyuman,
supaya tiada siapa yang tahu,
adanya duka yang ditanggung...

lahirkan suasana gelak ketawa,
kekadang sengaja lakukan kesilapan,
agar tiada yang perasan,
didalamnya penuh rasa sengsara..
 
kekadang senyum sendiri,
ramai yang melihat kehairangan,
sedangkan diluarnya hanyalah kepuraan,
dan didalam yang sebenarnya menderita..

mungkin itu saja yang mampu,
mulut terkunci untuk bercerita,
hanya hati yang bersuara,
dan bila mahu luahkannya,
bagai tiada tempat,
hanya diam sahaja,,
dan senyuman menjadi penghadangnya..

mungkah ini takdir,
atau dugaan untuk insan yang lemah,
supaya tidak tenggelam dengan kelazatan,
naikmat yang dikecapinya..

aku hanya manusia biasa..
ya...hanya senyum dan ketawa sahaja
menjadi terapi kedukaan dan kesakitan,
sedang aku tiadak lagi mampu berbicara,
dan kadang kalanya...
air mata mengalir menemaniku..

selagi nyawa dan jasad bersama,
selagi kaki ini menjelak bumi nyata,
selagi itulah kita tidak akan terlepas dari diuji
dan melakukan kesilapan...
dan disitu pasti akan ada pengajaran,
tanpa sedar atau tidak...

inilah namanya kehidupan,
tidak akan ada laut yang tidak bergelora,
tiada bumi yang tidak ditimpa hujan,
segalanya telah menjadi lumrah,
selagi bernyawa..

senyumku bukan hanya sia-sia,
kadangkala ia penuh kegembiraan,
kadangkala ia hanya untuk menyembunyikan keperitan,
kadangkala menjadi penawar untuk kedukaan,
namun ia tetap muncul...
tampa ku sedar....



mungkin setiap orang akan memberi erti yang berbeza tentang kehidupan,namun aku,inilah yang aku namakan kehidupan, dan aku tahu dengan menulis,aku telah menyatakan sedikit sebanyak tentang kehidupan bagiku, ilham yang hadir dikala aku dalam belenggu pemasalahan yang melanda.... sentiasa tersenyum...

Thursday, 13 December 2012

maaf kerana menyintai

sedangku sendiri,
melayan dukaku,
terbayang wajah mu yang ayu,


mengulit tidurku, 
menyeri hariku,
hanyalah saat bayangan bersamamu,


mampukah diriku,
mengulangi semula,
saat-saat indah yang ku lalui dulu,
sedangkan ku kini,
terperangkap dalam memori
kepahitan yang dulu sukar kulepasi..



apakah hadirmu,
jadi penawarku,
dengan kepahitan,
yangsemalam itu,

dan kini kau menyeri,melahirkan senyumku,
walaupun ku tahu kau tak mengerti,
apakah ianya hanya sekadar mimpi
walau kini kau ade di sisi,
ataupun aku, hanya mampu sendiri
dibanyangi kisah silamku



maafkan lah aku kerna melahirkan
rasa cinta,sayang kepada dirimu,
sesungguhnya diri tidak mampu menahan,
rasa cintai hadir hanya untukmu



izinkanlah aku , melahirkan cinta
walaupun ku tahu kau tak akan mengerti,
dan maafkanlah aku, kerna menyukai
medambakan cinta,
kepada dirimu....


ingin sekali aku,kuatkan diri,
untuk menyatakan sayangku,
kepadamu......


sebenarnya walaupun kita selalu bersama hait kita,tanpa kita sedari yang kita sebenarnya mampu lagi untuk memahami hati kita, sebab kadangkala ia amat komplak dan sukar difahami....have fun yup... :)

Monday, 26 November 2012

MASIH ADA SINARNYA

masih dengan cara hidup yang  tak menentu,
mencari langkah dalam setiap perjalanan yang ditempuh,
pernah tersungkur dan tergolek deras,
lukanya kaki dan berdarahnya sang lutut,
namun masih mahu melangkah,
walau kaki tidaklah segagah yang disangka..

masih hidup dengan dunia yang sendiri,
walaupun masih kabur jalan dihadapan,
walaupun kabus mengaburi penglihatan,
namun masih jua langkah diteruskan..

dugaan itu ibarat duri tajam,
wujudnya menganggu langkah,
menyusuk kaki yang melangkah,

sakitnya tak tertahan,
lemahnya bukan kepalang,
lelahnya membuatkan diri lesu...


namun itu bukan melemahkan jiwa,
kerana perjuangan harus diteruskan..
sehingga ke penghujungnya...


dan jangan ditanya mengapa diri ini berdegil,
jangan diungkit kenapa hati ini masih menebal,
jangan diragui semangan ini,
kerna ia tak akan pudar
walau disimbah dengan kesengsaraan
dihiris dengan sembilu kepalsuan,
kerana aku tahu apa yang aku mahu,
dan ini perjuanganku...



walaupun selalu diganggu dengan kegundahan hati,
selalu dihimpit dengan ketidakyakinnya diri,
namun harus kau mengerti,
yang menang tidak selalunya bagus,
dan yang tersingkir tidak selalunya gagal,
asal yakin dengan tindakan dan betul niatnya,
aku pasti akan merasakan kemanisannya...

hanya terilham dalam hati yang moodnya sudah spoil...but keep smile k :)