Tuesday 27 December 2011

HANYA INGIN KE SEBERANG


Ak hanya ingin ke seberang,
Ingin menjejaki langkah yang kaku ini,
Aku hanya mahu menghirup udara segar itu,
Hanya mahu melupai peristiwa  ini..

Diseberang itu,
Dari jauh aku melihat keindahannya,
Terpaku aku seketika dengan jiwa meronta,
Mahu saja ku gapai keindahan itu,
Tapi sayang tanganku tak sampai,
Dan hanya mata saja yang mampu melihatnya.
Dari jauh nun seberang sana...

Aku hanya ingin keseberang,
Namun langkahku dihalang ,
Dengan keluasana lautan itu,
Ketinggian banjaran gunung itu,
Dengan kedalaman lautan  dihadapanku,
Langkahku masih lagi terhenti..

Inginku berenang lautannya luas,
Takot  nanti tenggelam ditengah-tengah,
Mahu saja ku terus melangkah dengan berani,
Namun kutrat yang ade belum kuat...

Hanya ingin keseberang,
Walauku tahu jalannya penuh cabaran,
Berliku dan banyak halangannya,,
Namun ak tahu..
Aku harus ke seberang..
Kerana itulah tempat,
Untuk ku mengejar cita-cita dan impian
Yer..ak harus ke seberang... 


sajak ini terilham kerana aku merasakan aku harus berubah..namun masih mencari jalannya..dan dengan menulis sajak ini, ai mengambarkan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk aku mencapai cita-citaku..enjoy it..

Sunday 4 December 2011

meredai apa yang berlaku...

hanya mampu tersenyum,
dikala hati diundang rasa sedih,
pedih, pahit, hiba dan resah,
sedangkan ucapan dibibir membisu tanpa bicara,
dan mata hanya kaku,
terdiam tampa sebarang pandangan bisa..

masih lagi tersenyum,
indahnya wajah cantiknya rupa,
senyuman yang hadir bukan dipinta
sekadar merasiakan luka didalamnya...

walau dulu bibirku selalu berucap,
walau dulu senyumku ikhlas dari dalam,
tapi kini hanya tangisan yang mencengkam,
dan hanya senyuman menutup ruang...

aku masih jua tersenyum sendiri,
sedangkan dalamku luka berdarah lagi,
sedangkan hatiku diulit mimpi sepi,
tak tahu kemana harusku lontarkan,
agar ia tidak menjadi racun disanubari..

aku menangis lagi,
peliknya air mata tidak kelihatan,
hanya senyuman yang terukir luar pandangan,
dan lagakku bagai sang periang,
tidak terlintas didalamnya meraung sakit,
hati menangis tak siapa yang tahu...

kini bukan air mata menjadi saksi tangisanku,
hanya hati berbicara didalam sendu,
dan aku,
aku masih begini,
kerana aku tahu,
aku perlu dan harus
meredai apa yang berlaku,..
kerana itulah tulisan takdirku....


satu lukiran hati dikala perasaan jatuh merudum ibarat saham di wall street...selamat menghayati...

Monday 17 October 2011

hanya mahu munasabah diri

terkenang nasib diri dalam mencari ketenangan bersama rasa bernama cinta,
mungkin perlu akur tidak layak diri mendekatinya,
walaupun hanya bergelar kawan,
apatah lagi untuk mengisi kekosongan,
mahupun ingin menjadi teman sehidup semati,
menjadi pemaisuri di istana hati,

saat yg brlalu dulu,
biar mejadi sejarah diri,
walaupun hanya sekerat dalam perjalanan,
cukup untuk melahirkan kenangan..

sekadar munasabah diri yang dirasai terbuang,
tak layak rasanya memiliki cinta sang teman,
tak tega untuk menyampaikan sayang pada yang berkenan,
kerana belum melangkah sudah tersadung dek kecewa,
jatuh lumpuh dan tak bermaya bangun dek karana rasa hiba,
walaupun kudratnya masih banyak namun tak terdaya berdiri lagi,

hanya mahu munasabah diri yang selalu terluka,
pedih dihiris sembilu cinta yang tajam,
darah yang mengalir tak dapat dilihat,
tapi membuak dalam kesamaran perasaan yang terguris nipis..

mungkin untuk mecintainya jauh sekali,
apatah lagi mahu menjadi rakan mesranya,
mungkin mahu berkawan pun tiada ruang,
apatah lagi mahu menjadi teman sehidup semati...

hanya mahu munasabah diri,
saat sepi mencengkam jiwa yang sunyi..
walaupun diri tak layak disayangi,
berilah ruang untk cuba menjadi sahabat yang hidup dalam rialiti,
teman yang hadir dikala sunyi,
pendengar, berkongsi dan mengerti,
kepahitan yang dirasai dalam diri..

hanya mahu munasabah diri,
ingin sekali merasai cinta kembali,
setelah yang dulunya pergi meningalkan sepi,
mahu yang kini datang memberi rasa,
ingin kembali merasai cinta..
walaupun hanya sedetik waktu..
hingga semua nikmat diambil kembali
dan saat untuk malaikat maut menjemput...
hanya mahu merasai menyintai dan dicintai..
untuk insan pilihan hati dan diri..
pemaisuri taman tahta hati nurani..
hanya mahu munasabah diri


nukilan hati yang selalu sunyi, akhirnya tercipta ayat disebalik kekecewaan yang melanda..haha inilah apa yang dirasai ketika ayat ini disusun menjadi nukilan hati..sekadar ingin melepaskan kekesalan,kesunyian dan kekecewaan, tak perlu rasanya mengolah panjang..kerana nukilan ini telah menceritakan segalanya...selamat membaca...dan menghayati...

Wednesday 5 October 2011

sesuatu tentang cinta

pernah dulu aku memilikinya,
datangnya ia menjadi pelengkap diri,
namun ia cuma sementara,
kini kehilangannya buat aku merana..

apalahkiranya kehadirannya buat aku tersenyum gembira,
bagaikan dunia bersinar seri selamanya,
namun nasib yang kini menimpa,
sinar dulu bertukar kelam yang suram,

andai cinta itu milik aku,
jadikan aku seorang insan yang tidak hanyut,
hanyut dibawa arus nafsu dan kerinduan,
dan biar ia mengingatkan aku pada yang satu..

anda cinta itu bukan milik aku lagi,
biarlah ia pergi tanpa sedetik kesakitan,
hilangnya tidak ditangisi jiwa,
putusnya biarlah tiada kecewa,
agar perasaan tidak dihimpit luka..

katakanlah wahai cinta,
mungkin hadirmu itu hanya sementara,
membuatkan dunia berbunga-bunga,
membuatkan hati yang dulunya mati,
kini segar dengan manisan asmara mu,

duhai cinta..
apalah ertinya dunia jika kau hilang,
apalah ertinya hidup jika kau pergi,
apalah ertinya kata-kata pengakhiran ini,
tiada pa yang tinggal kini,
jika kau pergi deritalah menjadi teman sejati..

andai cinta itu milikku,
mahu aku semaikan ia rapat dalam hatiku,
biar menjadi penawar bukan racun berbisa,
andainya ia hilang di pertengahan jalan,
aku masih mampu tersenyum gembira,
kerana ku tahu,
ia dugaan dari pencipta....

kisah sajak ni sebenarnya hasil nukilan spontan ..yer la bila keseorangan, kita akan terkenangkan cinta yang telah lama meninggalkan kita..begitulah terjadinya pada aku..hilang cinta yang pertama dulu membuatkan aku sukar untuk bercinta lagi..namun apa yang penting cinta pada ilahi itu jangan hilang yer..jom kita hayati

Sunday 31 July 2011

ANDAI

semuanya andai..
ibarat harapan yang terlaksana,
dan bila ia menjadi realiti,
pasti hidupku jua bermakna...

diri selalu tertanya,
adakah andai akan menjadi realiti,
adakah impian akan menjadi kenyataan,
yang kini hanya hidup dalam duNIa khalayan .....

andai aku CAMERA,
akan aku tangkap gambar warna dunia,
agar dapat aku nikmati dan hayati,
keindahan kurniaan yang esa..

andai aku KATA-KATA,
akan ku susun baris ayatnya,
agar menjadi puisi cerita terindah,
dan aku hadiahkan kepada sang tersayang..

andai aku MADAH BICARA,
akan aku pastikan ia menjadi yang terindah,
akan ku ungkapkan kepada ynag dicintai,
membuktikan betapa ku menyayanginya..

andai aku HATI daN PERASAAN,
akan aku gabungkan menjadi elemen cinta,
dan kusemai baja kasih sayang,
agar terus mekar menjadi semangat diri,

dan andainya aku CINTA,
akan ku mekar dalam sanubarinya,
agar ia merasai kewujudanku,
supaya dapat aku mewarnai hari-hari indah..
dan mengukIrkan senyuman di wajah ayu si dia...


namun semuanya hanyalah sekadar andai,
jika andai itu menjadi realiti....
pasti dunia bertambah seri warnanya..
ya begitu pasti

p/s : manusia yang selalu inginkan sesuatu yang tak akan didapati..namun dalam kehidupan di alam dunia ini, sesuatu itu tidak mustahil andainya kita mempunyai kepercayaan.ANDAI ini mengisahkan keinginan aku yang ingin mengecapi kesemurnaan dalam hidup walaupun  ianya hanya hidup dalam angan2 sahaja...enjoy the poem 

Sunday 10 July 2011

MAHU SEPERTI DULU

aku mahu seperti dulu,
seorang budak lelaki yang selalu ceria,
hidupnya yang selalu ketawa dan ditertawa,
kerana ia adalah kenangan hidupku,

aku mahu seperti dulu,
seorang remaja yang selalu tersenyum walau berduka,
hidupnya hanya ditemani senyum dibibirnya,
dan segala masalah tidak menjadi perkara besar baginya,

aku ingin jadi seperti dulu,
walau hidupku penuh masalah,
namun aku masih ceria,
bersama gelak ketawa senyum mesra,
walau perangainya tidak pernah disukai,
banyak mencipta duka dari gembira,
namun aku masih mahu seperti itu...

aku tidak mahu jadi seperti sekarang,
walau tinggi pelajaran namun hatiku tak tenang,
segala langkah menjadi masalah,
jiwa kini tidak senang sudah,
gelak pon hanya menutup kedukaan,
segala kelakuan dijadikan kritikan dan dimarah,
dan keletihan berkerja tidak dihargai,
hanya menjadi bahan cacian..

setiap helaan nafasku kini bagaikan melepaskan keluhan,
segala langkahku kini longlai tidak seperti dulu,
segala tindakan ku kini bagaikan tidak ada manfaatnya,
ya aku mahu seperti dulu,
walaupun ramai membenci namun aku dihormati
dan setiap senyumku mendamaikan diri..
aku mahu seperti dulu...

aku merinduinya..
kisah dulu yang menjadi memori kini,
seandainya inilah helaan nafasku,
sebelum helaan ini berhenti,
sebelum aku menggalkan alam fana ini,
mahu sekali aku merasa,
hidup walau sekejap..
seperti dulu...

mahu seperti dulu,
walaupun ku tahu ia sudah berlalu,
namun terdetik hati
mahu seperti dulu...

sajak ini sebenarnya tercipta disaat ku tengah feeldown di universiti...with something happen to me, semasa sajak ini berlegar di benakku , aku terpandang kawan-kawan aku dan ia memberi sedikit ilham kepada aku, dan ia berterusan apabila aku memandang sekeping gambar di dompet serta wajah aku dicermin...gambar yang memberi aku ketenangan dulu dan hilang kini namun....sajak ini juga tercipta dalam aku berkhayal zaman kanak2ku, that why tajuk dia MAHU SEPERTI DULU...penuh dengan kenangan silam...semoga terhibur

AKU JUA MANUSIA,

aku jua manusia,
yang hidup di alam yang fana ini,
aku jua punyai perasaan dan naluri,
seperti yang lain....

aku jua manusia yang tidak sempurna zahir dan batinnya,
hanya yang ada adalah anugerah ilahi,
akal yang memberikan aku pemukiran,
hati yang menjadi kerajaan diriku,
nafsu dan jua minda yang selalu berhubung dan berhubung,

salahkah aku ingin kehidupanku menjadi lebih baik??
kenapa setiap gerakku di soal dan ditanya??
adakah aku tidak layak menlontar pandanganku??
adakah di dunia ini hanya wujud yang berkuasa,
sedangkan yang lemah dibiarkan bisu
dan bicara mereka hanya angin yang menhembus samudera...

aku jua manusia,
sepanjang hidupku tidak lekang melakukan dosa,
sepanjang hidupku tidak pernah lari dari melakukan kesilapan,
sepanjang hidupku jua mahu dicinta dan menyinta,
mampu mempunyai perasaan benci dan sayang..

aku jua punyai pegangan,
punyai impian dan harapan,
punyai keinginan dan cita-cita...
aku jua mahu menggapai apa yang aku impikan
kerana aku jua manusia...


sajak ini mungkin ayatnya tidak dramatis dan susunan katanya memualkan, namun ketahuilah..manusia walaupun di beri akal oleh pencipta, namun manusia tidak pernah sempurna...semoga yang baik dijadikan ingatan dan yang buruk dijadikan panduan hidup untuk hidup  yang lebih berjaya. sebenarnay sajak ini tercipta setelah aku melihat orang disekeliling hanya mahu menghormati dan menyayangi orang yang dilihat sempurna sedangkan makhluk yang bernama insan itu semuanya tidak sempurna...semoga menjadi renungan dan jom fikirkan bersama 

tolong berikan aku cinta

pernah sekali aku memikirkannya,
setelah lama aku terluka olehnya,
namun kini ia kembali lagi,
menggangu hari2 sepiku...

ku terpandang kamu jauh disana,
senyum dan tawamu memikit diriku,
ingin aku kenali gerangan siapakah gadis itu,
membuka hatiku untuk bercinta lagi,
setelah aku menyepi dalam kedukaan lalu,

ingin sekali aku meyentuh cintanya,
ingin sekali ku beri hatiku padanya,
ingin sekali aku merasai kasihnya,
ingin sekali aku meluahkan apa yang ku rasa...

mungkinkah kau akan mengerti,
pandangan ku padamu kini ada tersirat,
gurau sendaku kini ada makna,
senyumku padamu ada maksud tersendiri...

duhai gadis yang mencuri hatiku,
adakah sudi kiranya aku menemanimu,
adakah layak kiranya aku ingin menyintaimu,
adakah peluang untukku mencurahkan kasihku...

wahai gadis,
kiranya bolehlah aku ingin mengisi ruang hatimu,
kiranya boleh untukku memberi cintaiku,
kiranya adakah peluang untukku meyintaimu...

duhai gadis,
berilah aku secebis peluang,
secebis harapan untuk menyanyangi mu,
secebis ruang untukku menyintaimu,
berikah aku peluang,
untuk meyintaimu,

duhai gadis,
tolong berikan aku cinta,
seandainya kau jua menyimpang perasaan itu,
agar kau akan menjadi teman kala hidup matiku......


sajak ini sebenarnya sedikit jiwang. sajak ini terilham setelah aku mengingati kekasih lama..hahah masih tak dapat melupakan dia dan aku cuba untuk mencari cinta baru, tanpa dibayangi oleh cinta lama, namun mampukah untuk melupakan cinta yang lama??tolong berikan aku cinta telah merungkai segalamya..hayatilah dan selamat terhibur....

Wednesday 29 June 2011

sahabat

teringat aku pada suatu saat,
saat dimana aku jatuh dan tak mampu berdiri,
sakitnya terasa hinggakan ke semangat ku,
hingga hidup ini ku rasa tiada guna lagi ku teruskan,
hingga terasa seluruh duniaku gelap gelita,

teringat aku pada suatu ketika,
aku dilanda kesedihan yang teramat,
hingga kering air mata ini,
namun kesedihan itu masih belum hilang,
dan aku mahu jua menangis sehingga,
sehingga tercabut roh dari jasadku ini....

teringat aku du suatu masa,
aku kebingunggan dalam mencari matlamat hidupku,
kebinggungan mencari penyelesaian untuk suatu masalah,
hinggakan aku merasa letih dalam hidup,
hinggakan semangatku ini kian luntur,
dan aku merasakan lemah dalam rialiti hidupku ini...

namun tanpa aku sedari,
satu tangan dihulurkan tanpa ku pinta,
membantu aku bangun saat aku jatuh,
memberi aku kekuatan saat aku kesedihan,
memimpin aku saat aku kebinggungan,
dan tiada balasan yang di pinta..

bila saja aku kesedihan,
ia membantu memberikan aku senyuman,
memberi kekuatan yang aku perlukan,
bila saja aku jatuh dan rebah,
ia mengangkatku dengan seluruh hatinya,
bila saja ak bingunggan dan tidak dapat mencari penyelesaian,
ia menenangkan aku dengan kalimahnya,
hingga aku dapat berfikiran semula,
dan ia membantuku menghalau kebingingan,kesedihan
dan membantu aku berdiri saat aku jatuh dan tidak mampu bangkit lagi....

kini baru aku kenal erti tangan yang sudi membantu aku,
dengan ikhlas dan tidak meminta pembalasan untuk seribu pentolongannya,
kini baru aku mengerti erti sebuah kehidupan,
tanpanya aku jua tiada dan pasti,
pasti aku akan hanyut dengan arus pemasalahan ini,,,

sahabat...
mungkin tidak dapat aku balas,
seribu pengorbanan dan kesetiaanmu,
manjadi peneman disaat aku perlukan,
menjadi pengharapan disaat aku inginkan,
menjadi tempat pengantungan disaat aku kepedihan....
terima kasih sahabat...


karya ini sebenarnya terilham setelah aku melihat satu elemen penting yang patut ada dalam hidup, SAHABAT, yer, sahabat itu penting juga dalam kehidupan setiap insan namun kita juga seharusnya pandai dalam bersahabat. sebenarnya poem ini terhasil kerana aku ingin menyatakan bahawa aku amat menghargai persahabatan yang terjalain dan aku amat menyayangi setiap insan yang aku lebalkan sahabat...dan ingatlah BIAR PUN KITA MEMPUNYAI SERIBU TEMAN, SERIBU KEKASIH, SEJUTA RAKAN SEKALIPUN,NAMUN SUSAH BAGI KITA UNTUK MENDAPATKAN SEORANG SAHABAT SEJATI, JOM FIKIRKAN BERSAMA DAN ANDA YANG TENTUKAN...enjoy it this poem