Thursday 13 December 2012

maaf kerana menyintai

sedangku sendiri,
melayan dukaku,
terbayang wajah mu yang ayu,


mengulit tidurku, 
menyeri hariku,
hanyalah saat bayangan bersamamu,


mampukah diriku,
mengulangi semula,
saat-saat indah yang ku lalui dulu,
sedangkan ku kini,
terperangkap dalam memori
kepahitan yang dulu sukar kulepasi..



apakah hadirmu,
jadi penawarku,
dengan kepahitan,
yangsemalam itu,

dan kini kau menyeri,melahirkan senyumku,
walaupun ku tahu kau tak mengerti,
apakah ianya hanya sekadar mimpi
walau kini kau ade di sisi,
ataupun aku, hanya mampu sendiri
dibanyangi kisah silamku



maafkan lah aku kerna melahirkan
rasa cinta,sayang kepada dirimu,
sesungguhnya diri tidak mampu menahan,
rasa cintai hadir hanya untukmu



izinkanlah aku , melahirkan cinta
walaupun ku tahu kau tak akan mengerti,
dan maafkanlah aku, kerna menyukai
medambakan cinta,
kepada dirimu....


ingin sekali aku,kuatkan diri,
untuk menyatakan sayangku,
kepadamu......


sebenarnya walaupun kita selalu bersama hait kita,tanpa kita sedari yang kita sebenarnya mampu lagi untuk memahami hati kita, sebab kadangkala ia amat komplak dan sukar difahami....have fun yup... :)

Monday 26 November 2012

MASIH ADA SINARNYA

masih dengan cara hidup yang  tak menentu,
mencari langkah dalam setiap perjalanan yang ditempuh,
pernah tersungkur dan tergolek deras,
lukanya kaki dan berdarahnya sang lutut,
namun masih mahu melangkah,
walau kaki tidaklah segagah yang disangka..

masih hidup dengan dunia yang sendiri,
walaupun masih kabur jalan dihadapan,
walaupun kabus mengaburi penglihatan,
namun masih jua langkah diteruskan..

dugaan itu ibarat duri tajam,
wujudnya menganggu langkah,
menyusuk kaki yang melangkah,

sakitnya tak tertahan,
lemahnya bukan kepalang,
lelahnya membuatkan diri lesu...


namun itu bukan melemahkan jiwa,
kerana perjuangan harus diteruskan..
sehingga ke penghujungnya...


dan jangan ditanya mengapa diri ini berdegil,
jangan diungkit kenapa hati ini masih menebal,
jangan diragui semangan ini,
kerna ia tak akan pudar
walau disimbah dengan kesengsaraan
dihiris dengan sembilu kepalsuan,
kerana aku tahu apa yang aku mahu,
dan ini perjuanganku...



walaupun selalu diganggu dengan kegundahan hati,
selalu dihimpit dengan ketidakyakinnya diri,
namun harus kau mengerti,
yang menang tidak selalunya bagus,
dan yang tersingkir tidak selalunya gagal,
asal yakin dengan tindakan dan betul niatnya,
aku pasti akan merasakan kemanisannya...

hanya terilham dalam hati yang moodnya sudah spoil...but keep smile k :)

MALAM



Malam,
Katakan saja pada hati,
bersabar dan berusaha lah,
untuk melupai..
duhai hati yang kecewa,
janganlah selalu mengenangkan peristiwa lama,
kelak kau jua yang tesiksa,
bersama memori yang sudah lama terkubur..
duhai malam yang dingin dan sunyi,
berilah hati ini ruang,
untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan,
sedang ia berusaha untuk melupakan kenangan silam...
katakanlah duhai malam,
hadirmu kini untuk menjadi peneman,
untuk menjadi penawar kepahitan semalam,
untuk menjadi ruang bagi hati itu tenang..
duhai malam,
hadirmu indah takkala hati ini kesunyian
hadirmu peneman dikala hati masih terbayang ..
kenangan semalam..


di ilhamkan disuatu malam semasa tetiba terkenangkan kenangan silam...dan kenangan yang membuatkan hati yang tenang menjadi gundah dan bercelaru...

Wednesday 19 September 2012

HANYA SATU HARI

detik itu pantas berjalan,
hari-hari yang ditinggalkan 
membuatkan aku terkenang,
andai dapat aku ulanginya..



aku hanya menunggu kehadiranmu,,
cukuplah jika diberi hanya sehari
,,akan aku isinyanya dengan senyuman,
seandainya nanti kita berpisah,
engkau tidah berada dalam kesedihan


aku mahukan hanya cintamu, 
agar dapatku olah dunia ini,
menjadi satu syurga abadi,
bersamamu, walau hanya sehari


mungkin itu hanya lah igauan siangku,
kerana ku tahu sukarnya ingin mendekatimu,
cubalah  mengerti dan  hayati cintaku,
pasti kau akan merasa besarnya kasih sayang ini..


jika kesetiaan ini masih menjadi keraguan,
cukuplah hanya satu hari itu,
mejadi hari untuk aku dan kamu mengenali,
cukuplah satu hari itu,
untuk aku menjadikan senyum itu rialiti,
dan sendainya kita berpisah,
simpanlah kenangan itu di dalam memori


aku ingin memiliki kesetiaanmu itu,
untuk dijadikan penawar perjalanan hidup ini,
dan bila aku tersungkur dengan  dengan impian ku kelak,
aku masih boleh bangkit dengan  kesetiaan mu..
agar iamenjadi azimat kekuatan ku..


aku mahu memiliki hatimu itu,
dengan kasih sayang dan kesetiaan 
yang ingin aku semaikan,
dengan harapan dan keyakinan
yang akan membahagiakan,
dengan kesungguhan dan keikhlasan,
yang ingin aku hadiahkan...


ku ingin hanya satu hari bersamamu,
agar menjadikan  mimpi siangku menjadi  rialiti,
agar dapat kubawa kegembiraan dalam hidupmu,
agar dapat ku ukirkan senyuma di wajah ayumu,
agar dapat kujadikan kau pemaisuri taman hatiku...


berilah aku hanya satu hari,
untuk aku menrialisasikannya..
agar nanti aku pergi...
tiada kekesalan dihati..

berikan hanya satu hari,
untuk aku mengenalimu...


nukilan ini sebenarnya untuk seseorang yang aku kenal, dan dia telah berjaya mencuri hati aku hanya dalam satu hari..mungkin dia tidak perasan tapi satu hari itu amat bermakna dalam hidup aku hinggakan aku merasa bahagia bila mengenang kembali satu hari itu...mungkin sedikit jiwang tapi ini lah sebenarnya apa yang aku rasakan....for u..thank for the day..enjoy yer,hanya satu hari..

Wednesday 1 August 2012

jika cinta itu menyapa

telah lama hati ini merasakan..
kesunyian , keperitan yang melanda..
diuji oleh hati dan perasaan
dikianati oleh kesetiaan dan kepercaya

mungkin inilah satu jalan kehidupan.
aku rebah dimainkan oleh perasaan,
dan kini aku rebah bersama hati yang dirobek,
dihiris dengan kesetiaan yang dibina,
namun kini pecah berderai ibarat kaca terhempas
dan serpihannya melekat, menikam 
hati yang tulus menyayangimu

aku kebisuan disaan cinta itu pergi,
meninggalkan aku denganseribu kepedihan dan air mata,
jatuhku mehempas bumi,
tak terdaya yang teramat,
ibarat dihempas jatuh bersama jutaan gunung,
dilemaskan kedalam  lautan yang dalam...

namun bagiku...
andainya cinta itu menyapa lagi,
masih mampukah  untuk aku 
menerimanya dengan hati yang yakin,
setelah dulunya aku dikianati oleh cinta,
dilukai oleh perasaan tu,
masihkah mampu sekiranya ia menyapa aku kembali...??

mungkin hanya kepada tuhan aku meminta petunjuk,
kekuatan dan  diberikan jalan untuk aku membuat pilihan,
dan jika cinta itu yang meyapa dengan ikhlasnya,
biarlah hanya yang Esa menentukannya..
kerana aku tidak lagi rela terluka...



dalam hidup kita sebagai makhluk di muka bumi ni, kita tidak terlepas dalam merasai nikmat cinta...kerana manusia dijadikan berhawa nafsu..jadi nukilan ini tercipta setelah aku mendengar, merasai dan berkongsi rasa pahitnya cinta bila didusta dan manisnya cinta bila dihargai..semoga terhibur...hihihi

Saturday 30 June 2012

ANDAI CINTA ITU MENYAPA

sungguh sunyi bila hati menyendiri,
melihat hidup yang kini masih lagi panjang,
tekad hidup jua kini makin hari kian mencabar,
dan aku,
 hanya termenung di jendela sepi..


sepinya hati ibarat langit malam tiada berbintang,
dan sang bulannya pula menyorok disebalik awan..
gelisah dan sepi membuatkan hatiku meronta,
inginkan teman sebagai pemaisuri dihati


bukan ingin menagih simpati,
bukan jua mahu mencari  populariti,
hanya ingin menyatakan hati kesunyian,
dan terasa lama untuk menunggu,
johoh itu datang..

 
ku cuba untuk mencarinyanya sendiri,
dan ternyata banyak kali hati terluka,
dan kini aku hanya melangkah dan terus mencari,
dengan harapan sehingga munculnya ia,
pemaisuri hati yang di idami,
menjadi penyeri jua  peneman,
dalam menempuh hidup ini..

mungkin bagiku,
tak akan ada kesunyian lagi,
andai cinta itu menyapa,
dengan ikhlasnya hati,
dengan lembutnya bicara..


akan aku terimamu seadanya,
akan aku menjagamu sebaiknya,
biarpun nyawa bertukar ganti,
seandainya cinta itu menyapa,
akan aku kotakan segala janji..
 

duhai hati yang kekosongan.,
bersabarlah dengan ketentuan ilahi,
berdoalah agar dihadirkan cinta itu,
dan bialah ia menyapa dengan bahagia..
yang selama ini diimpikan...
 
 
 
dan moga ia menjadi kenyataan...
bukan hanya sekadar sapaan..
yang meninggalkan seribu pahitan dan kepedihan..




karya ini sebenarnya menceritaka sesuatu yang selalu diimpikan..cinta.. ya cinta memang menjadi impian setiap insan, dan disini adalah sebalik cerita dimana dia menunggu cinta sejati setelah sekian lama dia dikecewakan dengan sapaan cinta yang akhirnya meninggalkan kepahitan dan kepedihan semoga terhibur

Wednesday 23 May 2012

sang langit biru

hanya ati yang tenang akan berbicara,

ditemani dengan angin dan awan yang menutupi sang suria dari meyentuh kulit muka,.. 

dan biar langit itu berbicara.. 

dengan lembut dan indahnya,

madah sang pujangga,


bersama awan biru kata-kata dilontar,

jauh kedengaran sayup disebalik sana,

bersama hati dan jiwa yang kosong dan damai,

dan hanya anak mata yang berbicara besama awan..


hanya melihat dan merasai damainya,

sang biru yang jauh nun disana tenang dan riang,

di temani oleh rakan awannya,

bergurau senda pula dengan angin yang menyapa..


alangkah indahnya dapat dicapai sang biru itu,

indahnya hidup andai setenang ia,

hanya dengan sang awan biru aku bertanya,

tentang jiwa, hati dan perasaan..


wahai sang langit biru,

adakah kau jua memahani apa yang ku rasa,

adakah kau akan mengerti gundah dijiwa,

mahukah kau berkongsi sakit rindu dihati??


langit biru itu,

mengajar aku kehidupan dan keindahan

ciptaan tuhan yang memerintah seluruh alam..

menjadikan aku seorang insan yang mengenal,

erti kasih sayang dan keindahan alam,


mungkin dengan sang langit biru dapat aku berteman,

menjadi sahabat luahan perasaan,

menjadi kawan seandainya gundah menyapa,

menjadi ubat andai sakit itu singgah,

di kamar hati yang usang....





untuk karya ini, sebenarnya ideanya diilhamkan oleh seseorang, apabila membaca hasil nukilannya yang berbentuk penulisan, lahirlah idea sang angit biru..moga enjoy......

Monday 2 April 2012

sinar kembali,sukar tuk dicapai

sejauh perjalanan ini,
rupanya masih ada cahaya sinar itu,
yang telah lama aku lihatnya dari jauh,
dek kerana keegoan dan takdir masa ku,


menuju aku mengejar sinar itu,
dengan langkah laju kaki berlari,
dan langkah ku hayun hingga ke hujung bumi,
dengan gunung tinggiku cuba daki,
diharap sinar itu dapat aku miliki kembali..


sungguh aku tak percaya,
rundu yang bermain di hati,
kasih aku masih pada cahaya itu,
yang kini rasanya hampir denganku,
namun hakikat masih jauh jaraknya...


duhai sinar gemerlapan,
hadirmu dulu menjadi kekuata dan semangat,
bersamamu dulu ku belajar erti kasih dan sayang,
penat dan jerih sebuah penghidupan.
sedih tawa bersama menjadi teman,
dan senyuman terukir menjadi penawar kelesuan..


namun belum sempat aku mendakap sinar itu,
ghaibnya hilang entah kemana,
jaraknya pula semakin menjarak,
hinggakan hanya mata dapat memerhati,
telinga pula mendengar angin khabarkan..
sedangkan hati merindu tiada terungkap..


kini kau hadir kembali,
walau jauh kau tetap tonjolkan diri,
dan kadangkala soalan bermain difikiranku,
layakah kita berteman duhai sinar??
sedangkan banyaknya kekurangan diri
sehingga dulu ak dicampakkan dan ini kau kembali
memberi cahaya pengharapan dalam diri..


terima kasih sinar kerna kembali,
menyapu airmata kesedehan dan kepiluan hati,
namun mungkin takdir yang pasti,
kita tidak dapat seperti dulu,
walau sinar itu kembali,
namun ia sukar untu dicapai lagi...




kisah hidup aku duulu yang mana dulunya apabila aktif dalam persatuan, aku selalu banayngkan keseronokan tu, namun bak kata pepatak "ingatkan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari" begitulah.. dan sajak ini menjadi luahan hati, setelah sekian lamanya aku meninggalkan ia, namun kini ia kembali menyapa,.. dan kini adakah aku mampu intuk itu??

Wednesday 4 January 2012

langkahku sejarahku pengalamanku

disini aku mula melangkah, 
mula mengenal penat dan lelah,
walau aku selalu tersungkur rebah,
ku cuba gagah berdiri dan terus melangkah..

aku cuba panjangkan langkahan itu,
dan setiap kali itulah aku rebah,
terlalu banyak calar-calar dan luka,
namun mengalah tiada dalam kamus ku...

dalam langkahan yang berliku ini,
aku mula mengenal bait-bait sejarah dan hubungan,
cuba untuk terus mengenal dunia,
walaupun mata selalu disinari cahaya,
silaunya mampu membutakan mata hitamku,
namun itu yang perlu aku tempuh,

aku mengenal diri setelah jauh melangkah,
biarlah langkahku pelahan,
aku dapat menghayatinya,
walaupun payahnya tidak terungkap,
aku mahu jua melangkah..


aku tahu masih jauh distinasiku,
sedangkan langkahku kini makin tak berupaya,
setiap gerak aku cuba sedayanya...


langkahku kini semakin jauh,
dan jauhnya tidak sesekali ku duga,
namun aku tahu isi didalamnya,
kerana setiap yang berlaku menjadi pandangan mata,



selangkah aku berjalan,
ku dapat melihat satu pandangan baru,
dan kini sejauh ini langkahku,
banyaknya aku perhatihan,
dan kadangkala aku tersenyum,
melihat pelbagai ragam manusiawi..


disini aku mula melangkah,
mula mengenal erti pengorbanan,
mula merasai perit manisnya kehidupan,
mula menikmati susah senangnya berkawan,
mula mencipta sejarah dan pengalaman..


setapak lagi aku kehadapan,
sejenak jua aku memandang kebelakang,
aku melihat langkahku yang silam,
kini menjadi sebahagia dari hidup,
ku tulis dalam catatan sejarahku,
agar ia menjadi pengalaman,


dan langkahku menjadi sejarahku,
sejarahku menjadi pengalamanku,
sedang ia enak bersarang di memoriku,
dan disini,
aku mula mengenal diri sendiri....



sajak ini sebenarnya tercetus ideanya apabila aku merasakan langkahku sebagai mahasiswa akan berakhir..dan di universiti aku mula mengenal dunia yang dulunya hanya bayangan dalam igauwan..namun kini setelah jauh menyusuri masaku di universiti, ak dapat mengenal siapa sebenarnya aku, aku dapat melihat banyaknya kelakuan dan dapat merasai bermacam-macam kenangan....dan sajak ini juga untuk mengigati.....apa saja yang aku pernah lalui sepanjang aku hidup.....selamat membaca