Sunday 10 July 2011

MAHU SEPERTI DULU

aku mahu seperti dulu,
seorang budak lelaki yang selalu ceria,
hidupnya yang selalu ketawa dan ditertawa,
kerana ia adalah kenangan hidupku,

aku mahu seperti dulu,
seorang remaja yang selalu tersenyum walau berduka,
hidupnya hanya ditemani senyum dibibirnya,
dan segala masalah tidak menjadi perkara besar baginya,

aku ingin jadi seperti dulu,
walau hidupku penuh masalah,
namun aku masih ceria,
bersama gelak ketawa senyum mesra,
walau perangainya tidak pernah disukai,
banyak mencipta duka dari gembira,
namun aku masih mahu seperti itu...

aku tidak mahu jadi seperti sekarang,
walau tinggi pelajaran namun hatiku tak tenang,
segala langkah menjadi masalah,
jiwa kini tidak senang sudah,
gelak pon hanya menutup kedukaan,
segala kelakuan dijadikan kritikan dan dimarah,
dan keletihan berkerja tidak dihargai,
hanya menjadi bahan cacian..

setiap helaan nafasku kini bagaikan melepaskan keluhan,
segala langkahku kini longlai tidak seperti dulu,
segala tindakan ku kini bagaikan tidak ada manfaatnya,
ya aku mahu seperti dulu,
walaupun ramai membenci namun aku dihormati
dan setiap senyumku mendamaikan diri..
aku mahu seperti dulu...

aku merinduinya..
kisah dulu yang menjadi memori kini,
seandainya inilah helaan nafasku,
sebelum helaan ini berhenti,
sebelum aku menggalkan alam fana ini,
mahu sekali aku merasa,
hidup walau sekejap..
seperti dulu...

mahu seperti dulu,
walaupun ku tahu ia sudah berlalu,
namun terdetik hati
mahu seperti dulu...

sajak ini sebenarnya tercipta disaat ku tengah feeldown di universiti...with something happen to me, semasa sajak ini berlegar di benakku , aku terpandang kawan-kawan aku dan ia memberi sedikit ilham kepada aku, dan ia berterusan apabila aku memandang sekeping gambar di dompet serta wajah aku dicermin...gambar yang memberi aku ketenangan dulu dan hilang kini namun....sajak ini juga tercipta dalam aku berkhayal zaman kanak2ku, that why tajuk dia MAHU SEPERTI DULU...penuh dengan kenangan silam...semoga terhibur

No comments:

Post a Comment