Saturday 30 April 2011

seindah mawar

mawar,
ibarat kehidupan yang indah rupanya,
mekar mewangi setiap waktu,
melahirkan pandangan yang bahagia,
melihatnya hati gundah gembira..

mawar,
kala kecantikannya menyerlah,
kala keayuannya semanis madu,
kala kelembutannya menjadi penarik,
pasti...pasti digilai kumbang memandangnya..

ingin sekali kumbang dekati,
mawar yang mekar nampak berseri,
namun bila saja kumbang inginkan mawar,
mawar pula biaskan duri.

kumbangnya sakit tiada pahitnya,
kerana mawar menambat hatinya,
walaupun duri itu berbisa,
cubanya terus sahingga berjaya..

duhai mawar hiasan hati,
sudinya kira kumbang dekati,
kiranya ada takdirnya ilahi,
mawar berduri kan kumbang miliki,
madu sama dikongsi,
bahgia sehingga akhir nanti..

duhai mawar berduri,
kiralah sudi kumbang dekati,
agar tercapai hasrat dihati,
berkongsi hidup hingga ke akhir hari,
menjadi penyeri kumbang yang sepi....


sinopsis
sajak seindah mawar ialah sebenarnya sebuah sajak yang menceritakan hasrat seorang lelaki yang dimana ia ingin menjadikan mawar sebagai penyeri hidupnya. sajak ini juga menyatakan luahan hasrat lelaki tersebut. sealin itu juga sajak seindah mawar ini juga mengisahkan pandangan lelaki terhadap seorang wanita, yang dimana lumrah manusia diciptakan berpasangan, dan lelaki ini juga memuji mawar yang dilihat cantik tapi berduri...maknanya wanita ni walaupun lembut dari pandangan mata kasar, tetapi mempunyai aset yang berharga yang perlu dijaga...seindah mawar...hayatilah yer

No comments:

Post a Comment