Wednesday 13 February 2013

inilah kehidupan

bersembunyi disebalik senyuman,
supaya tiada siapa yang tahu,
adanya duka yang ditanggung...

lahirkan suasana gelak ketawa,
kekadang sengaja lakukan kesilapan,
agar tiada yang perasan,
didalamnya penuh rasa sengsara..
 
kekadang senyum sendiri,
ramai yang melihat kehairangan,
sedangkan diluarnya hanyalah kepuraan,
dan didalam yang sebenarnya menderita..

mungkin itu saja yang mampu,
mulut terkunci untuk bercerita,
hanya hati yang bersuara,
dan bila mahu luahkannya,
bagai tiada tempat,
hanya diam sahaja,,
dan senyuman menjadi penghadangnya..

mungkah ini takdir,
atau dugaan untuk insan yang lemah,
supaya tidak tenggelam dengan kelazatan,
naikmat yang dikecapinya..

aku hanya manusia biasa..
ya...hanya senyum dan ketawa sahaja
menjadi terapi kedukaan dan kesakitan,
sedang aku tiadak lagi mampu berbicara,
dan kadang kalanya...
air mata mengalir menemaniku..

selagi nyawa dan jasad bersama,
selagi kaki ini menjelak bumi nyata,
selagi itulah kita tidak akan terlepas dari diuji
dan melakukan kesilapan...
dan disitu pasti akan ada pengajaran,
tanpa sedar atau tidak...

inilah namanya kehidupan,
tidak akan ada laut yang tidak bergelora,
tiada bumi yang tidak ditimpa hujan,
segalanya telah menjadi lumrah,
selagi bernyawa..

senyumku bukan hanya sia-sia,
kadangkala ia penuh kegembiraan,
kadangkala ia hanya untuk menyembunyikan keperitan,
kadangkala menjadi penawar untuk kedukaan,
namun ia tetap muncul...
tampa ku sedar....



mungkin setiap orang akan memberi erti yang berbeza tentang kehidupan,namun aku,inilah yang aku namakan kehidupan, dan aku tahu dengan menulis,aku telah menyatakan sedikit sebanyak tentang kehidupan bagiku, ilham yang hadir dikala aku dalam belenggu pemasalahan yang melanda.... sentiasa tersenyum...

No comments:

Post a Comment