Monday 26 November 2012

MASIH ADA SINARNYA

masih dengan cara hidup yang  tak menentu,
mencari langkah dalam setiap perjalanan yang ditempuh,
pernah tersungkur dan tergolek deras,
lukanya kaki dan berdarahnya sang lutut,
namun masih mahu melangkah,
walau kaki tidaklah segagah yang disangka..

masih hidup dengan dunia yang sendiri,
walaupun masih kabur jalan dihadapan,
walaupun kabus mengaburi penglihatan,
namun masih jua langkah diteruskan..

dugaan itu ibarat duri tajam,
wujudnya menganggu langkah,
menyusuk kaki yang melangkah,

sakitnya tak tertahan,
lemahnya bukan kepalang,
lelahnya membuatkan diri lesu...


namun itu bukan melemahkan jiwa,
kerana perjuangan harus diteruskan..
sehingga ke penghujungnya...


dan jangan ditanya mengapa diri ini berdegil,
jangan diungkit kenapa hati ini masih menebal,
jangan diragui semangan ini,
kerna ia tak akan pudar
walau disimbah dengan kesengsaraan
dihiris dengan sembilu kepalsuan,
kerana aku tahu apa yang aku mahu,
dan ini perjuanganku...



walaupun selalu diganggu dengan kegundahan hati,
selalu dihimpit dengan ketidakyakinnya diri,
namun harus kau mengerti,
yang menang tidak selalunya bagus,
dan yang tersingkir tidak selalunya gagal,
asal yakin dengan tindakan dan betul niatnya,
aku pasti akan merasakan kemanisannya...

hanya terilham dalam hati yang moodnya sudah spoil...but keep smile k :)

No comments:

Post a Comment