Wednesday 19 September 2012

HANYA SATU HARI

detik itu pantas berjalan,
hari-hari yang ditinggalkan 
membuatkan aku terkenang,
andai dapat aku ulanginya..



aku hanya menunggu kehadiranmu,,
cukuplah jika diberi hanya sehari
,,akan aku isinyanya dengan senyuman,
seandainya nanti kita berpisah,
engkau tidah berada dalam kesedihan


aku mahukan hanya cintamu, 
agar dapatku olah dunia ini,
menjadi satu syurga abadi,
bersamamu, walau hanya sehari


mungkin itu hanya lah igauan siangku,
kerana ku tahu sukarnya ingin mendekatimu,
cubalah  mengerti dan  hayati cintaku,
pasti kau akan merasa besarnya kasih sayang ini..


jika kesetiaan ini masih menjadi keraguan,
cukuplah hanya satu hari itu,
mejadi hari untuk aku dan kamu mengenali,
cukuplah satu hari itu,
untuk aku menjadikan senyum itu rialiti,
dan sendainya kita berpisah,
simpanlah kenangan itu di dalam memori


aku ingin memiliki kesetiaanmu itu,
untuk dijadikan penawar perjalanan hidup ini,
dan bila aku tersungkur dengan  dengan impian ku kelak,
aku masih boleh bangkit dengan  kesetiaan mu..
agar iamenjadi azimat kekuatan ku..


aku mahu memiliki hatimu itu,
dengan kasih sayang dan kesetiaan 
yang ingin aku semaikan,
dengan harapan dan keyakinan
yang akan membahagiakan,
dengan kesungguhan dan keikhlasan,
yang ingin aku hadiahkan...


ku ingin hanya satu hari bersamamu,
agar menjadikan  mimpi siangku menjadi  rialiti,
agar dapat kubawa kegembiraan dalam hidupmu,
agar dapat ku ukirkan senyuma di wajah ayumu,
agar dapat kujadikan kau pemaisuri taman hatiku...


berilah aku hanya satu hari,
untuk aku menrialisasikannya..
agar nanti aku pergi...
tiada kekesalan dihati..

berikan hanya satu hari,
untuk aku mengenalimu...


nukilan ini sebenarnya untuk seseorang yang aku kenal, dan dia telah berjaya mencuri hati aku hanya dalam satu hari..mungkin dia tidak perasan tapi satu hari itu amat bermakna dalam hidup aku hinggakan aku merasa bahagia bila mengenang kembali satu hari itu...mungkin sedikit jiwang tapi ini lah sebenarnya apa yang aku rasakan....for u..thank for the day..enjoy yer,hanya satu hari..

No comments:

Post a Comment