Monday 2 April 2012

sinar kembali,sukar tuk dicapai

sejauh perjalanan ini,
rupanya masih ada cahaya sinar itu,
yang telah lama aku lihatnya dari jauh,
dek kerana keegoan dan takdir masa ku,


menuju aku mengejar sinar itu,
dengan langkah laju kaki berlari,
dan langkah ku hayun hingga ke hujung bumi,
dengan gunung tinggiku cuba daki,
diharap sinar itu dapat aku miliki kembali..


sungguh aku tak percaya,
rundu yang bermain di hati,
kasih aku masih pada cahaya itu,
yang kini rasanya hampir denganku,
namun hakikat masih jauh jaraknya...


duhai sinar gemerlapan,
hadirmu dulu menjadi kekuata dan semangat,
bersamamu dulu ku belajar erti kasih dan sayang,
penat dan jerih sebuah penghidupan.
sedih tawa bersama menjadi teman,
dan senyuman terukir menjadi penawar kelesuan..


namun belum sempat aku mendakap sinar itu,
ghaibnya hilang entah kemana,
jaraknya pula semakin menjarak,
hinggakan hanya mata dapat memerhati,
telinga pula mendengar angin khabarkan..
sedangkan hati merindu tiada terungkap..


kini kau hadir kembali,
walau jauh kau tetap tonjolkan diri,
dan kadangkala soalan bermain difikiranku,
layakah kita berteman duhai sinar??
sedangkan banyaknya kekurangan diri
sehingga dulu ak dicampakkan dan ini kau kembali
memberi cahaya pengharapan dalam diri..


terima kasih sinar kerna kembali,
menyapu airmata kesedehan dan kepiluan hati,
namun mungkin takdir yang pasti,
kita tidak dapat seperti dulu,
walau sinar itu kembali,
namun ia sukar untu dicapai lagi...




kisah hidup aku duulu yang mana dulunya apabila aktif dalam persatuan, aku selalu banayngkan keseronokan tu, namun bak kata pepatak "ingatkan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari" begitulah.. dan sajak ini menjadi luahan hati, setelah sekian lamanya aku meninggalkan ia, namun kini ia kembali menyapa,.. dan kini adakah aku mampu intuk itu??

No comments:

Post a Comment