Wednesday 4 January 2012

langkahku sejarahku pengalamanku

disini aku mula melangkah, 
mula mengenal penat dan lelah,
walau aku selalu tersungkur rebah,
ku cuba gagah berdiri dan terus melangkah..

aku cuba panjangkan langkahan itu,
dan setiap kali itulah aku rebah,
terlalu banyak calar-calar dan luka,
namun mengalah tiada dalam kamus ku...

dalam langkahan yang berliku ini,
aku mula mengenal bait-bait sejarah dan hubungan,
cuba untuk terus mengenal dunia,
walaupun mata selalu disinari cahaya,
silaunya mampu membutakan mata hitamku,
namun itu yang perlu aku tempuh,

aku mengenal diri setelah jauh melangkah,
biarlah langkahku pelahan,
aku dapat menghayatinya,
walaupun payahnya tidak terungkap,
aku mahu jua melangkah..


aku tahu masih jauh distinasiku,
sedangkan langkahku kini makin tak berupaya,
setiap gerak aku cuba sedayanya...


langkahku kini semakin jauh,
dan jauhnya tidak sesekali ku duga,
namun aku tahu isi didalamnya,
kerana setiap yang berlaku menjadi pandangan mata,



selangkah aku berjalan,
ku dapat melihat satu pandangan baru,
dan kini sejauh ini langkahku,
banyaknya aku perhatihan,
dan kadangkala aku tersenyum,
melihat pelbagai ragam manusiawi..


disini aku mula melangkah,
mula mengenal erti pengorbanan,
mula merasai perit manisnya kehidupan,
mula menikmati susah senangnya berkawan,
mula mencipta sejarah dan pengalaman..


setapak lagi aku kehadapan,
sejenak jua aku memandang kebelakang,
aku melihat langkahku yang silam,
kini menjadi sebahagia dari hidup,
ku tulis dalam catatan sejarahku,
agar ia menjadi pengalaman,


dan langkahku menjadi sejarahku,
sejarahku menjadi pengalamanku,
sedang ia enak bersarang di memoriku,
dan disini,
aku mula mengenal diri sendiri....



sajak ini sebenarnya tercetus ideanya apabila aku merasakan langkahku sebagai mahasiswa akan berakhir..dan di universiti aku mula mengenal dunia yang dulunya hanya bayangan dalam igauwan..namun kini setelah jauh menyusuri masaku di universiti, ak dapat mengenal siapa sebenarnya aku, aku dapat melihat banyaknya kelakuan dan dapat merasai bermacam-macam kenangan....dan sajak ini juga untuk mengigati.....apa saja yang aku pernah lalui sepanjang aku hidup.....selamat membaca

No comments:

Post a Comment