pernah dulu aku memilikinya,
datangnya ia menjadi pelengkap diri,
namun ia cuma sementara,
kini kehilangannya buat aku merana..
apalahkiranya kehadirannya buat aku tersenyum gembira,
bagaikan dunia bersinar seri selamanya,
namun nasib yang kini menimpa,
sinar dulu bertukar kelam yang suram,
andai cinta itu milik aku,
jadikan aku seorang insan yang tidak hanyut,
hanyut dibawa arus nafsu dan kerinduan,
dan biar ia mengingatkan aku pada yang satu..
anda cinta itu bukan milik aku lagi,
biarlah ia pergi tanpa sedetik kesakitan,
hilangnya tidak ditangisi jiwa,
putusnya biarlah tiada kecewa,
agar perasaan tidak dihimpit luka..
katakanlah wahai cinta,
mungkin hadirmu itu hanya sementara,
membuatkan dunia berbunga-bunga,
membuatkan hati yang dulunya mati,
kini segar dengan manisan asmara mu,
duhai cinta..
apalah ertinya dunia jika kau hilang,
apalah ertinya hidup jika kau pergi,
apalah ertinya kata-kata pengakhiran ini,
tiada pa yang tinggal kini,
jika kau pergi deritalah menjadi teman sejati..
andai cinta itu milikku,
mahu aku semaikan ia rapat dalam hatiku,
biar menjadi penawar bukan racun berbisa,
andainya ia hilang di pertengahan jalan,
aku masih mampu tersenyum gembira,
kerana ku tahu,
ia dugaan dari pencipta....
No comments:
Post a Comment