Monday 17 October 2011

hanya mahu munasabah diri

terkenang nasib diri dalam mencari ketenangan bersama rasa bernama cinta,
mungkin perlu akur tidak layak diri mendekatinya,
walaupun hanya bergelar kawan,
apatah lagi untuk mengisi kekosongan,
mahupun ingin menjadi teman sehidup semati,
menjadi pemaisuri di istana hati,

saat yg brlalu dulu,
biar mejadi sejarah diri,
walaupun hanya sekerat dalam perjalanan,
cukup untuk melahirkan kenangan..

sekadar munasabah diri yang dirasai terbuang,
tak layak rasanya memiliki cinta sang teman,
tak tega untuk menyampaikan sayang pada yang berkenan,
kerana belum melangkah sudah tersadung dek kecewa,
jatuh lumpuh dan tak bermaya bangun dek karana rasa hiba,
walaupun kudratnya masih banyak namun tak terdaya berdiri lagi,

hanya mahu munasabah diri yang selalu terluka,
pedih dihiris sembilu cinta yang tajam,
darah yang mengalir tak dapat dilihat,
tapi membuak dalam kesamaran perasaan yang terguris nipis..

mungkin untuk mecintainya jauh sekali,
apatah lagi mahu menjadi rakan mesranya,
mungkin mahu berkawan pun tiada ruang,
apatah lagi mahu menjadi teman sehidup semati...

hanya mahu munasabah diri,
saat sepi mencengkam jiwa yang sunyi..
walaupun diri tak layak disayangi,
berilah ruang untk cuba menjadi sahabat yang hidup dalam rialiti,
teman yang hadir dikala sunyi,
pendengar, berkongsi dan mengerti,
kepahitan yang dirasai dalam diri..

hanya mahu munasabah diri,
ingin sekali merasai cinta kembali,
setelah yang dulunya pergi meningalkan sepi,
mahu yang kini datang memberi rasa,
ingin kembali merasai cinta..
walaupun hanya sedetik waktu..
hingga semua nikmat diambil kembali
dan saat untuk malaikat maut menjemput...
hanya mahu merasai menyintai dan dicintai..
untuk insan pilihan hati dan diri..
pemaisuri taman tahta hati nurani..
hanya mahu munasabah diri


nukilan hati yang selalu sunyi, akhirnya tercipta ayat disebalik kekecewaan yang melanda..haha inilah apa yang dirasai ketika ayat ini disusun menjadi nukilan hati..sekadar ingin melepaskan kekesalan,kesunyian dan kekecewaan, tak perlu rasanya mengolah panjang..kerana nukilan ini telah menceritakan segalanya...selamat membaca...dan menghayati...

No comments:

Post a Comment