Monday 20 June 2011

lautan biru

di pesisiran pantai ini..
aku termenung seorang diri..
wajahku kupalingkan ke laut biru..
pandanganku ku lontarkan bersama...

oh laut biru..
tenangnya engkau bagai memanggil keresahanku...
di hiasi dengan alunan ombak lembut..
dan seretannya seakan membawa pergi kepiluan hati..

wahai laut biru..
engaku bagai hiburan bagi keresahanku..
engkau peneman dalam anganku..
bagai penyeri hidup suramku..
dan engkau pengubat segala dukaku...

oh laut biru..
adakah masih ada ketenangan dihati ini...
setelah onak duri hidup aku lalui..
masih adakah harapan di hati..
ingin memiliki ketenangan dan keindahan sepertimu..
kerana ketabahan ini kadang kala jua teruji...

ku merenung di sebalik pantai yang yang membiru,
airnya tenang melapangkan dadaku...
ingin sekali aku lontarkan segala keresahan...
di laut yang membiru itu...
dan kadang kala jua minda terfikir...
adakah diri ini setenang laut biru..

ku merenung laut biru..
tanpa ak sedari..
senja pasti menyapa hariku....



sajak lautan biru ini sebenarnya diilhamkan oleh seorang sahabat. ilham ini tercetus apabila melihat gambarnya di sebuah pantai. ketika itu wujud ilham kerana dalam gambarnya menyingkap seribu satu peristiwa yang dapat dilihat oleh imiginasi saya. sedih, suka, pasrah dan keinginan yang ditunjukkan didalam gambar itu menyebabkan terhasilnya sajak ini...semoga terhibur...

No comments:

Post a Comment