Monday 20 June 2011

aku dan kehidupan

adakah aku masih boleh tuk berdiri??
setelah kaki ini dicantas putus menghempap ke bumi,
adakah masih ada harapan yang tinggal??
setelah hati dicarik dek pengharapan itu...

tiada apa yang ku inginkan di dunia ini,
hanya mengharapkan secebis kasih sedikit senyuman..
tiada siapa yang ku harapkan menjadi teman,
hanya inginkan kesetiaan dan pengharapan...
aku kini bermain dengan perasaan....
berlegar-legar deras didalam benak pemikiran..

siapalah aku di bumi ini meminta kasih setinggu gunung??
siapalah aku di alam ini untuk meminta harapan seluas laut???
siapalah aku ini untuk memaksa diri ini disayangi...

aku hanya insan kerdil yang tidak meminta sebarang pembalasan..
cuma hatiku jua hancur jika di kecewakan..
aku jua insan yang diciptakan tuhan..
walaupun tidak sempurna namun aku punya perasaan,
cuma aku mahukan ketenangan dalam kehidupan...

hidupku sepi jika tiada berteman,
hariku suram jika tiada senyuman,
jiwaku kacau bila mendengar tagisan,
hapanku hancur andai ku melihat tagisan kekecewaan

berikan aku kebahgiaan yang dapat di banggakan,
temukan aku dengan cinta yang boleh memberi kebahagiaan,
hidupkn aku dalam amalan dan keimanan,
senyumkan aku dengan kebahagiaan insan tersayang,
lupakan aku sekiranya aku hadir sebagai bahan racun dalam hidupmu,
biarkn aku sendiri jika aku tak layak menjadi pendamping mu dikala gembira,
carilah aku jika hatimu resah dan perlukan teman,
maafkan aku jika esok aku tiada peluang lagi untuk bernafas di bumi tuhan ini,
kerana aku jua akan pergi suatu masa nanti....
hanya waktu yang menentukan.....

dalam sajak ini sebenarnya adalah peniup semangat. kerana pada masa sajak ini diilhamkan, saya betul-betul rasa down , tak tahu puncanya. so bagi menghilangkan rasa down 2, saya cuba create sajak yang boleh menghidupkan kembali api semangat yang kian padam. selain itu juga sajak ini sebenarnya lebih kepada pengharapan seorang insan yang ingin mencari senyuman dalam tangisan, dan ingin menjadi sebahagian dalam hidup teman seperjuangan.....moga ia juga menjadi peniup semangat anda yang membaca...

No comments:

Post a Comment